Tuesday, May 25, 2010

Lagenda Budak Setan Ahadiat Akashah


Lagenda Budak Setan The Movie

Siapa peminat setia Ahadiat Akashah dulu-dulu?time dia femes tahun 90-an macam tu..kalau lelaki maybe tak berapa nak kenal la dia ni..tapi kalau budak-budak pompuan memang gila weh kat novel-novel Ahadiat ni..memang woh!satu bilik penuh novel dia..memang woh!gilalah..dialah penulis novel yang buat budak-budak pompuan tingkatan satu dah gatal nak bercinta sebab tangkap leleh baca novel dia..jadi terus semangat nak bercintan cintun tu membuak-buak bila baca novel dia..memang kuat abis penangan dia ni..serius la..tipu kalau korang tak pernah dengar nama dia ni.. Kalau sape2 dok asrama, beli satu novel..dah tentu lepas tu list senarai peminjam akan panjang berjela sampai 2-3 muka surat. Masing2 tunggu que nk baca.. hehe..Kalau untung nasib..u dapat la balik novel u tu...kalau nasib batu..u pon da lost track novel u kat sape. last2 ilang mcm tu j..Too bad!

Tapi serius cakap,, I sebenarnya tak ingat dah citer ni macam mana..yang I ingat si hero ni memang jahat macam setan.. tp seorang pencinta sejati. Ada karisma diri..wah, kalau boleh zaman dulu, nk cari pasangan mcm si Kashah ni. Yang lain I hilang ingatan dah..so sama-sama kita nantikan filem ni yang bakal ditayangkan pada 3jun nanti ok?

But.................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kenapa Farid Kamil???????????? why???
Musnah lebur image Kasyah yang terpahat dalam jiwa I! Perlakon yang akan melakokan watak Ayu adalah Lisa Surihani. Okeh I have no problem with her.  Tapi Farid Kamil?? Alarrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!! I tak boleh terima lelaki pakai Lip Gloss & Foundation tebal2 untuk tutup bekas jerawat.. (walopon untuk cover majalah!)

Musnah!!!!!!!!!  Ini la masalah kalo jalan cerita buku di bawak ke filem. Kebarangkalian cerita itu hancur amat tinggi bersama mental image yang sedia ada dalam minda pembaca.

Walaupon cerita ni I belum tgk, baru tgk trailer dia… ntah la. Mcm tak cukup power. Patut la lahir filem tanpa jiwa. Masyarakat nak tgk muka fresh! lebih lebih lagi cerita hebat mcm Lagenda Budak Setan. Frust la!So I rasa mcm takot sangat nak tgk walo dalam hati nak tgk sangat filem ni dengan harapan watak Kasyah tak di musnahkan oleh Farid Kamil.

Farid Kamil? Alaaaaaaaaarrrrrrrrrr!! (sorry laa peminat Farid Kamil ye).

Okeh, korang rasa sapa layak?

I pon tak tau sapa pasal tak kenal sangat pelakon kat Malaysia.
Kasyah - Jenis yang serabai bukan stok muka jambu. Jenis yang hidup yang “redahh je” mcm selenge dan numb. Romantik yang tidak di rancang. Watak kasyah perlu ada image seoalah ada awan mendung berarak atas kepala dan gagak itam berterbangan.. lepas tu kalo dia jatuh cinta, dengan gaya cool yang teramat sangat (pengaruh komik pulakkkk!). Haih…. Senang ceta, KENAPA FARID KAMIL bawak watak kasyah?


Cover Novel LBS and Katerina

Untuk sesiapa yg da x ingat sinopsis cerita LBS ni..I paste the sinopsis to refresh balik memori ingatan korang tu..huhu..

Sinopsis: Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma. Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak. sinopsis sumber dari Sinemamalaysia.com.my


Syahdu kan cerita cinta derang.. Dari sekolah tunggu..last2 kawen kejap..mati pulak.

Ha..da ingat tak?? I da ingat da balik..before si Kashah ni jumpa balik Ayu/Emilia, dia ada kawan dgn Katerina. Anak org kaya, seorang yg comel, muka baby face, manja n sedikit posessive. If I'm not mistaken..anak tunggal bos Kashah b4 dia keja dgn Emilia/Ayu. Katerina @ Kate sayang gila kat Kashah. Tp lepas tu, Kashah tinggal kan Kate sbb cinta agung nya kpd Ayu yg sangat kuat.

Then lepas Ayu mati masa lahirkan baby derang..sambung la pulak novel Katerina. Sian Kashah jadi single daddy..dia jaga anak dia sdr tatang bagai minyak yg penuh. Katerina pulak, keluar daru fasa sedih dia lepas kena tinggal dgn Kashah. Dia potong rambut, tukar gaya penampilan..then start her new life balik.

Tup tap..terserempak balik dgn Kashah kat dlm LRT kot. Then, masa tu si Kate pon da matang..so, derang pon start kawan balik. Family Kate pulak x suke dgn si Kasyah sbb, derang risau dulu masa Kashah tinggalkan Kate, Kate hidup dalam fasa murung and lama gak dia nk reconcile. As a parent, derang risau la anak gadis dia kan.. kalau x silap anak tunggal pulak kan. So, derang jadi rapat..n bab paling sedih bila anak Kashah, kenangan dia dgn Ayu mati sebab sakit kuku dan mulut. R/ship betw Kashah dan Katerina by that time da semakin rapat dan they all pon bertunang. bla bla bla. Lepas novel Katerina, sambung pulak novel Kasyah, lagenda berakhir.. masa ni, Kate n Kashah putus tunang, then Katerina kawen dgn orang lain. Rupa2 nye..that is satu agenda atau sandiwara dimana Kate nk balas dendam pada Kashah. Lepas bercerai, Kate jadi murung balik, then parent Kate bagging Kashah to marry their daughter back. Kashah pulak masa tu da kenal pompuan lain yg baik..pakai tudung x silap. Pompuan tu suke kat Kashah yg baik, lembut dan jujur. Untuk menjaga maruah dan ego lelaki dia...dia melamar pompuan tu. Jeng Jeng Jeng...tunggu filem seterusnya la pulak..sambungan LBS the movie..Katerina & Kasyah da movie.. huhuhu

Nota Little Lizzy : Dulu I ada beli novel ni..pastu ilang ntah kemana..novel Katerina still ada lagi kat umah mak usu kalau x silap. hehe..

4 comments:

faradeeba said...

fazura sbg kat n que as azmi mmg
tbaek!!

suka sgt tgk trailer tu
moh tgk ramai2 3 jun ni

Little Lizzy said...

hehe...yes. Agreed with u Fara. Tp why Farid?? ( mati lah kan...x abis2.. )

Anonymous said...

Thanks for the sinopsis. I pon da lupa how the story. Nasib baca blog u. ;P

sweetlittleneil said...

I think they are not meant for each other... that's why a lot of obstacle between them...

But the memory of Budak Setan can't be erased and it was fun when published at first time..

Can't wait to watch it.. Is the film exactly the same as what we had imagine when we read the Novel..? Let us figure out..